Saturday, June 20, 2009

Rumahku Surgaku









Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

1-Rumah yang bersih

2-Penghuni yang memberi salam dan membaca "Bismillah"
ketika memasuki rumah

3-Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)

4-Penghuninya jujur dan memenuhi janji

5-Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal) serta rajin buat kenuri untuk kawan kawan serumah.

6-Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)

7-Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

Tuesday, June 16, 2009

Ayam Pangang Lemak Sari


Hakcipta Terpelihara
© Laily Ramli.

Bahan2nya :

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa

Cara memasaknya :

Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.
Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
Setelah kering santan, barulah diangkit.

Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.

Susun dengan taburan sohon goreng.




Nasi Paprik



Hakcipta Terpelihara
© ajelza

Since dah ade orang nak resepi nasi paprik, teman nak tunjuk sikit pada deme semua...OK gini caranye..


Bahan-bahan:

5 pinggan nasi putih panas2
1 kilo isi ayam/daging
6 biji cili padi/api (hiris2)
3 ulas bawang merah (hiris halus2)
2 ulas bawang putih (juga hiris)
½ batang serai yg dilanyak
5 sudu cili sos Aminah Hasan
2 sudu tomato sos Aminah Hasan (Tak nak Lingam's sos)
1 sudu sos tiram ADABI
3 batang kacang panjang (potong pendek2)
2 sudu bawang goreng (beli lagi senang)
Garam secukup rasa
Minyak masak (of course la)

Cara membuatnya.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih ..Lepas kuning tumis dengan cili api pulak..Lepas tu tumis dengan segala sos tadi, serai & kacang panjang...Taruk sikit air (agak2 la) selepas gelegak...Lepas tu humban kacang panjang..Tumis lagi dan taruk garam..Lepas tu taruk isi ayam pulak..sampai naik baunye..


Lepas tu hidang le dengan nasi panas tadi....hmmmmmm terlior teman dibuatnye....

CUBE LE TRY..



Thursday, June 11, 2009

malaysian

assalamualaikum

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008