Tuesday, June 16, 2009

Ayam Pangang Lemak Sari


Hakcipta Terpelihara
© Laily Ramli.

Bahan2nya :

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa

Cara memasaknya :

Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.
Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
Setelah kering santan, barulah diangkit.

Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.

Susun dengan taburan sohon goreng.




0 comments:

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008